Pembentukan aksara Tulisan_Cina

Peringkat-peringkat terawal dalam perkembangan aksara didominasi oleh piktogram, yang mana makna dinyatakan secara langsung oelh bentuknya. Perkembangan tulisan ini yang bertujuan meliputi perkataan bagi konsep abstrak dan meningkatkan kecekapan penulisan, telah membawa kepada kewujudan banyak aksara bukan piktogram.

Pelbagai jenis aksara ini julung kali dikelaskan kira-kira tahun 100 M oleh seorang pakar bahasa China bernama Xu Shen, yang mengarang kamus etimologi Shuowen Jiezi (說文解字/说文解字) yang membahagikan tulisan Cina kepada enam kategori, iaitu liùshū (六書/六书). Sungguhpun kategori dan pengelasannya kadang-kala bermasalah dan dikatakan gagal mencerminkan sifat-sifat sistem tulisan Cina secara menyeluruh, namun sistem ini telah lama dikekalkan melalui sejarah lama dan kegunaan meluasnya.

Perikan buku teks aksara Cina dari tahun 1436.

4% aksara Cina berpunca secara terus daripada piktogram individu (Bahasa Cina: 象形字; pinyin: xiàngxíngzì), dan dalam kebanyakan kes sedemikian hubungan ini tidak semestinya jelas kepada pembaca masa kini. Bagi 96% yang lain, sebilangannya adalah agregat logik (Cina Ringkas: 会意字; Cina Tradisional: 會意字; pinyin: huìyìzì), iaitu aksara yang digabung daripada pelbagai bahagian yang menandakan maksud. Namun, kebanyakan aksara berbentuk piktofonetik (Cina Ringkas: 形声字; Cina Tradisional: 形聲字; pinyin: xíng-shēngzì), iaitu aksara yang mengandungi dua bahagian: satu menandakan satu kategori maksud am dan yang satu lagi bunyi sebutannya. Sebutan dalam aksara sedemikian lazimnya hanya menghampiri sebutan zaman sekarang kerana perubahan mengikut peredaran zaman dan perbezaan antara bahasa-bahasa asal.

1. Piktogram (象形字 xiàngxíngzì)

Tidak seperi yang disangka ramai, piktogram hanya membentuk satu pecahan kecil daripada semua aksara Cina. Walaupun berasal daripada gambar, namun aksara-aksara dalam kategori ini telah mengalami pemiawaian, pemudahan, dan penggayaan agar mudah ditulis, maka asal-usul aksara sedemikian tidak sentiasa jelas. ContohL 日 (rì) untuk "matahari", 月 (yuè) untuk "bulan", dan 木 (mù) untuk "pokok" atau "kayu".

Tidak terdapat bilangan yang tepat untuk jumlah aksara moden yang bersifat piktogram; namun, Xu Shen (c. 100 M) menganggarkan bahawa 4% aksara sedemikian tergolong dalam kategori ini.

2. Gugusan piktofonetik (形聲字/形声字, xíngshēngzì)

Juga dikenali sebagai gugusan semantik-fonetik, atau gugusan fono-semantik, kategori ini mewaili kategori aksara terbesar dalam tulisan Cina moden. Aksara-aksara sedemikian biasanya terdiri daripada dua bahagian: satu piktograf yang menyatakan maksud am aksara terbabit, dan bahagian fonetik yang dberpunca daripada aksara yang disebut dalam cara yang sama atau serupa dengan perkataan yang diwakili aksara baru itu.

Contoh: 河 (hé) "sungai", 湖 (hú) "tasik", 流 (liú) "mengalir", 冲 (chōng) "membilas", 滑 (huá) "licin". Pada kelima-lima aksara ini terdapat satu radical berupa tiga titik pada separuh kirinya, iaitu piktograf titisan air yang dipermudah, menandakan bahawa aksara-aksara ini mempunyai hubungan semantik dengn airr; separuh kanan bagi kesemua aksara tersebut merupakan penanda foentik. Contohnya, bagi aksara 冲 (chōng), penanda fonetiknya ialah 中 (zhōng), yang sendirinya bermaksud "tengah". Dalam kes ini adalah jelas dilihat bahawa maksud bagi aksara 冲 jauh berbeza daripada penanda foentiknya; proses ini membawa erti bahawa pembentukan aksara-aksara sedemikian kadang-kala kini kelihatan sebgai sembarangan. Lebihan pula, pilihan radikal turut kelihatan sembarangan dalam beberapa kes; contohnya, radikal dalam 貓 (māo) "kucing" ialah 豸 (zhì) yang asalnya piktograf ulat, tetapi dalam aksara sebegini radikal itu menandakan mana-mana jenis haiwan.

Xu Shen menganggarkan 82% aksara Cina tergolong dalam kategori ini, manakala dalam Kamus Kangxi (1716 M) jumlahnya menghampiri 90%, kesan penggunaan kaedah pengembangan kosa kata Cina ini yang amat produktif.

3. Ideograf (指事字, zhǐshìzì)

Juga dikenali sebagai ideograf mudah atau ideogram, aksara sedemikian sama ada membubuh penanda pada piktograd untuk membentuk maksud baru, atau menggambarkan konsep abstrak secara langsung. Conothnya, jika 刀 (dāo) ialah piktogram untuk "pisau", maka membubuh satu penanda pada bahagian bawah aksara itu membentuk 刃 (rèn), ideogram untuk "mata pisau". Contoh-contoh am lain termasuk 上 (shàng) untuk "atas, naik" dan 下 (xià) untuk "bawah, turun". Kategori ini agak kecil kerana kebanyakan konsep telah dilambangkan oleh aksara dalam kategori lain.

4. Agregat logik (會意字/会意字, huìyìzì)

Juga dikenali sebagai gugusan berhubungan, aksara jenis ini menggabungkan piktogram untuk melambangkan konsep yang abstrak. Contohnya, 木 (mù) ialah piktogram "pokok", dan jika dua aksara 木 diletak bersama pada sisi masing-masing, maka terbentuknya 林 (lín), iaitu "hutan". Penggabungan 日 (rì) "matahari" dan 月 (yuè) "bulan" membentuk 明 (míng) "terang", yang lazimnya ditafsir sebagai lambang gabungan matahari dan bulan sebagai punca cahaya yang semulajadi.

Xu Shen menganggarkan bahawa 13% aksara sedemikian tergolong dalam kategori ini.

Sesetengah pengkaji rata-rata menafikan kewujudan kategori ini atas pandangan bahawa kegagalan cubaan mengenal pasti fonetik dalam agregat logik yang dikatakan pada zaman moden adalah kerana tidak memandang apa yang dikatakan sebagai baccan sekunder zaman kuno.[1] Ini merupakan bacaan yang asalnya kerap digunakan tetapi sudah pudar ditelan zaman kerana tulisan turut berevolusi mengikut peredaran zaman. Salah satu aksara yang sering dikenal pasti sebagai agregat logik ialah 安 (ān) "keamanan" yang banyak dikatakan sebagai gabungan "binaan" 宀 dan "perempuan" 女, yang bersama-sama menghasilkan sesuatu yang seakan-akan erti "segalanya tenang dengan adanya wanita di rumah". Bagaimanapun, aksara 女 pada zaman kuno besar kemungkinan sesuatu kata pelbagai sebutan dengan bacaan sekunder berbunyi *an, seperti yang terdapat dalam set aksara berikut: 妟 (yàn) "tenteram", 奻 (nuán) "bertengkar", 姦 (jiān) "gasang".

Hujah ini disokong oleh kenyataan bahawa aksara-aksara yang dikatakan tergolong dalam "kelompok" ini selalu ditafsirkan daripada bentuk moden dan bukan bentuk kuno yang pokoknya amat berbeza rupanya dan lazimnya jauh lebih rumit garfiknya. Namun begitu, pentafsiran ini banyak berbeza-beza, seperti yang dibuktikan daripada kajian terperinci daripada sumber-sumber berbeza.[2]

5. Pengubahan hubungan (轉注字/转注字, zhuǎnzhùzì)

Aksara-aksara dalam kategori ini asalnya tidak melambangkan maksud yang sama tetapi telah bercabang melalui perubahan ortografi dan semantik. Contohnya, 考 (kǎo) "mengesahkan" dan 老 (lǎo) "tua" asalnya merupakan satu aksara yang sama yang bermaksud "orang tua", tetapi telah berpisah menjadi dua perkataan berbeza. Aksara-aksara dalam kategori ini amat jarang, maka dalam sistem zaman sekarang, kelompok ini sering diabaikan atau digabungkan dengan kategori lain.

6. Pinjaman (假借字, jiǎjièzì)

Juga dikenali sebagai aksara pinjaman fonetik, kategori ini meliputi kes-kes di mana sesuatu aksara yang wujud digunakan untuk melambangkan perkataan yang tidak berkaitan maksudnya tetapi serupa sebutannya; kadang-kala maksud lamanya tidak digunakan lagi. Misalnya, 自 (zì), yang sudah hilang sama sekali maksud asalnya iaitu "hidung" dan kini hanya bermaksud "diri", atau 萬 (wàn), yang asalnya bermaksud "kala jengking" tetapi kini hanya digunakan untuk merujuk kepada "10,000".

Teknik ini kini kian jarang, kerana ramai yang membangkang perubahan maksud aksara-aksara yang sedia ada. Namun begitu, teknik tersebut telah digunakan dalam perkembangan penulisan dialek, terutamanya bahasa Kantonis dan bahasa Taiwan di Hong Kong dan Taiwan, oleh sebab sebilangan perbendaharaan kata dialek yang mengikut sejarah tiada bentuk tulisannya dan maka tidak mempunyai aksara tersendiri.